aku sengaja melarikankan diriku dari menghadirkan kelas yang kujangka tidak ada pada hari ni dan sangkaanku sangatlah benar belaka dan tidak sia2 aku mematikan penggera dan lantas menyambung lenaku.
aku sebenarnya ada misi mustahak untuk dilakukan yakni memperbaharui perlindungan dan cukai jalan motorsikalku yang sudah tamat tempoh sejak aku balik bercuti di kuching.
sesudah usai pekerjaan memperbaharui cukai jalan, aku menuju ke warung kegemaran untuk menjamu seleraku yang masih belum menyambut makanan sejak pagi lagi.
dan tatkala aku terasa kebosanan memikirkan apa yang akan ku lakukan di petang nanti, lantas aku teringatkan cerita yang ku tunggu2 sejak aku berada di kuching lagi hendak ku tonton.
terus ku bawa kenderaan melalui lebuhraya damansara puchong menuju ke panggung wayang gambar.
aku sangat teruja melihat cerita tersebut lebih2 lagi terdapat kesan khas 3 dimensi setelah aku diberikan cermin mata aneh sebelum aku masuk ke dalam dewan.
aku juga sangat gembira dan bergelak tawa riang di dalam sana melihatkan karenah watak2 yang sangat menghiburkan.
watak2 yang tiba2 terkeluar daripada layar membuatkan aku sangat teruja.
buck, sid, diego, manny, ellie, crash dan edge, scrat dan scratte, mak dinasor, anak dinasor.
sila buat carian jika x mengenali watak.
aku sangat mencadangkan cerita ini kepada semua.
coretan khas dalam bahasa melayu ini adalah untuk
memartabatkan bahasa melayu: PPSMI dimansuh.
sekian. hehehe

0 comments:
Post a Comment