Tuesday, June 24, 2008

chochaholic



Have u ever seen it before? I have been searching for this lovely flake for a very long time. I make this conclusion. This item is not available in Malaysia. Sedihnye. This is actually a product of Cadbury; Flake. Tasty! But serious! Takde kat Malaysia la. Let me describe it.
The finest, crumbliest chocolate ever made.
If for some reason you have not tried a Cadbury Flake, you have no idea just what you are missing. It is made from incredibly thin milk chocolate rolled into a sort of log, that simply melts in your mouth! Cadbury Flake; once tried, is never forgotten. Masih terngiang-ngiang di telinga bunyi kerangupannya. It is incredible!

Monday, June 23, 2008

WONDERS

Ajaib. Saya telah membaca dan menonton perihal keajaiban ini. Dahulunya, saya hanya tahu 7 Wonders of the World. Kemudian UFO, itupun kerana saya meminati siri X-Files. Dari siri ini saya berkenalan dengan Alien dan sebagainya. Ketika itu saya hanya merupakan seorang budak. Ibarat katak di bawah tempurung. Tidak peka dan sebagainya. Maklumlah, cara memperoleh resource hanyalah dari pembacaan surat khabar, library dan buletin utama. Mana ada Astro, mana ada Internet, mana ada komputer. Jadi pemikiran saya hanya lah saya dan dunia saya. Budak-budak kan imaginasinya tinggi. Selalu berharap berjumpa dengan alien, melihat UFO, dan begitu takut kepada hantu Cina, hantu bungkus, toyol, serta dirotan emak(nakal). Kelakar bila terkenang kisah di zaman budak-budak. Tidak perlu memikirkan masa depan, bermain sampai senja. Ini bukanlah topik yang hendak saya kongsi bersama. Saya mahu anda mengenali seorang tokoh yang bernama Nostradamus. Siapa gerangan Nostradamus? Saya juga agak ketinggalan sebenarnya kerana baru mengetahui perihal mengenainya pada awal tahun ini. Itupun secara tidak sengaja menonton Astro555. Nostradamus merupakan seorang peramal masa depan yang hidup pada kurun ke-16. Bayangkan, ramalan Nostradamus diakui kebenarannya. Antaranya ialah mengenai HItler, 9/11, paderi, etc. Peristiwa yang bakal berlaku 500 tahun kemudian sudah diramal oleh Nostradamus. Adakah Nostradamus mempunyai mesin masa? Adakah Nostradamus mempunyai 6Senses? Tiada jawapan pasti mengenainya. Bagaimanakah Nostradamus melakukan tilikannya itu? Terungkap seribu satu persoalan. Kadang-kadang saya merasakan yang Nostradamus ini seperti orang masa depan yang menggunakan mesin masa(terpengaruh dgn doraemon) untuk ke zaman kurun ke 15 untuk mencatit namanya di dalam sejarah dunia. Bagaimana Nostradamus dapat meramal kehadiran Hitler dan 9/11 masih menjadi tanda tanya. Namun, masih banyak maklumat yang masih belum saya dapati kerana ada 13,200,000 maklumat mengenainya di Internet.

Sunday, June 22, 2008

Nak makan apa di pagi buta?

Kelaparan tatkala menonton bolasepak.. krokkrokrokrokk.. Ingat nak tiru iklan, pg McD yang ada tayang bola, jumpa awek cun then tanya, "r u kaki bola too?" lalalala.. haha.. McD dekat je, tapi malas.. haha.. ool pemalas. So, ool went to the kitchen and carik apa-apa yang boleh dimakan. Ool membuka peti sejuk, frenchfries, ayammexico, parata, telur, burger, salmon ball. Yang mana satu pilihan ool? haha.. ool amek parata, telur, n burger.. ntah.. ool was about to invent a new recipe.. haha.. burger parata tampal telur. Panaskan parata sampai wajahnya macam tahap kat kedai mamak. at the same time, masak/goreng burger td.. goreng telur.. then sebelum bhgn atas tu masak, campak parata... tu sebab nama dia parata tampal. letak ada, sos, vegie.. n burger.. jadilah

burger parata tampal. nice..

thanks to alun.. buat link to my blog.. i'll polah link for yr blog too.

BOBOLLEHwood: a place like no other (LupakanBorneo)

Adakah Borneo ini sebahagian dari Malayasia? Ya, kita mempunyai 2 negeri di bawah naungan Malaysia di Borneo; Sarawak dan Sabah. Namun begitu, 2 negeri ini seolah-olah tidak wujud di mata Malaysia (Kerajaan). 2 negeri ini mempunyai kekayaan bumi yang begitu melimpah ruah; namun rakyat Sabah Sarawak hanya menikmati kekayaan ini di celah-celah gigi sahaja. Hasil hutan, minyak yang dikaut dengan rakus(eg;BINTULU LNG Largest in the world), tapi apa yang borneo dapat? Tahukah kamu semua, setelah kenaikan harga minyak yang mendadak, orang-orang pedalaman borneo sesak nafas kerana hidup di hutan, tiada akses jalanraya(hanya jalan sungai dan udara), keperluan bahan api amat tinggi di sana. Bot yang mereka guna untuk ke pekan menggunakan petrol. Generator yang mereka gunakan untuk menyalakan lampu di malam hari juga menggunakan petrol. Hidup di hutan belantara, hanya membuat kerja-kerja kampung, bercucuk tanam, menangkap ikan, menganyam tikar; apa sajalah pendapatan mereka untuk menampung kenaikan harga minyak. Saya khuatir mereka ini akan jadi semakin mundur, bukan semakin maju. Katakan mereka sudah tidak mampu untuk membiayai keperluan asas, saya merasakan mereka akan ketinggalan jaoh ke belakang. Mungkin terpaksa mendayung perahu untuk ke pekan, bergelap di waktu malam. Itu yang saya nampak kerana saya tidak pernah ke sana. Mungkin mereka juga tidak akan ke pekan lagi sekiranya begitu payah untuk ke sana; menongkah arus deras, perjalanan mengambil masa berhari-hari. Bayangkan, aduh.. tak lama lagi jadi orang Tasaday di Filipina. Saya pernah dengar yang harga barang runcit di sana adalah berkali ganda. Sekarang saya rasa barang runcit akan naik berkali-kali ganda di sana. Apakah yang Kerajaan telah lakukan? BUkan menyenangkan pribumi. Merinsak bak kata orang Sarawak melihatkan keadaan hidup mereka di sana. Saya tunggu sama ada TV3 akan membuat liputan terhadap nasib pribumi Borneo sepertimana mereka membuat liputan di Peninsular.
http://uchukeling.com/bn-cabinet-decision-unfair-and-bias-to-rural-sarawakians/

Saturday, June 21, 2008

BOLLEHwood: a place like no other (Rebat Minyak)

Tempat yang menarik ini memang tidak ada persamaannya dengan tempat-tempat lain di dunia ini. Lagu rasminya mempunyai pelbagai versi dan dinyanyikan diserata pelusuk dunia. Antaranya di kepulauan Hawaii, Indonesia, dan yang terbaru di Taiwan. Rakyat pula berbilang kaum (unik konon). Merupakan sebuah negara pengeluar minyak. Nisbah minyak ialah 1:1.8; setiap 1 unit minyak yang digali, syarikat pengeluar minyak akan menemui 1.8 unit lagi. Namun begitu, akibat pasaran minyak dunia naik, negara ini juga menaikkan harga minyaknya selaras dengan harga pasaran negara serantaunya. (Ikut majoriti, sedangkan negara-negara serantau nya bukan lah pengeluar minyak). Namun, untuk mengurangkan beban rakyat, rebat tunai RM625 dan RM150 telah diagih-agihkan melalui POS MALAYSIA yang mana salah satu pemegang sahamnya ialah ECM Libra(kroni AAB (MrK)) Dahulunya KJ juga mempunyai pegangan di dalam ECM Libra ini. Untung besar Pos Malaysia. Untung besar ECM Libra.